Sunday 20 September 2015

MAHU JADI JUTAWAN ?

Jika kita sedar bahawa kedewasaan kita ini ini sebenarnya bermula daripada seorang anak kecil, maka kita juga sepatutnya sedar bahawa potensi perniagaan kecil yang  seseorang ceburi berpotensi membesar menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat.
Kita boleh memiliki bisnes yang besar melalui perkembangan bisnes kecil yang kita miliki.Oleh itu, buat permulaannya , mari kita berikan tumpuan pada senarai idea perniagaan kecil di bawah yang mampu anda dijalankan sebagai asas jika berminat untuk menjadi usahawan  yang boleh berjaya.seterusnya klik sini

JUTAWAN MALAYSIA : Datuk Haji Lambak Mohamad..Pengasas Kicap Kipas Udang..


Image result for kicap kipas udang
Sumber dari blog KISAHJUTAWAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini hari Jumaat, seperti biasa, masa rehat dan makan tengahhari yg lebih panjang dari biasa ini saya manafaatkan untuk makan tengahhari dikawasan berdekatan dengan mesjid dan menjadi rutin saya akan makan tengahhari di restoren kegemaran saya. Nasik campur di restoren tersebut memang "perghhh"...pendek kata, macam makan nasik kat rumah lauk dia...

Saya adalah pengemar kicap...nasik berlauk saya mesti saya sertakan dengan kicap kegemaran saya, Kicap apa lagi kalau bukan..cap cap cap...cap kipas udang..hehe..Teringat saya iklan kicap tersebut yg melekat disanubari rakyat Malaysia. Siapa yg tidak tahu jenama unggul kicap dari Malaysia ini.

Pengasas disebalik jenama kicap ini adalah Datuk Hj Lambak Mohamad. Beliau memulakan perniagaan beliau kira-kira 25 tahun yg dahulu apabila menubuhkan Zara Foof Industries secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah kilang dan memasarkan jenamanya kicapnya disekitar banda Johor Baharu..

Memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM40,000, beliau tidak menoleh kebelakang bagi memastikan jenama Kicap kipas udang meniti dibibir rakyat Malaysia. Kawalan kualiti product yg baik serta komitmen pekerja-pekerja syarikat beliau yg sama-sama berkongsi visi yg sama, beliau mencatat jualan bulanan sebanyak RM120,000 sebulan.

Beliau tidak kedekut untuk melabur kembali keuntungan syarikat kepada mempromosikan jenama beliau dan menambahbaikkan kualiti produk beliau. Beliau berani mengambil langkah drastik dan besar dalam mempromosikan jenama beliau di Television. Penambahbaikan juga dapat dilihat dari proses pembungkusan jenama kicap tersebut yg terdapat pada penutup botol kicap tersebut yg semakin moden dan selamat.

Kini, jualan bulanan Kicap kipas udang berjumlah RM6Juta sebulan dan merangkumi kepada kepelbagaian produk seperti sos,kaya dan lain-lain lagi. Jenama kipas udang ini juga telah melangkau jauh ke Asia Barat dan Negara-negara Asean. Dengan jualan syarikat mencecah RM82juta setahun, syarikat ini melangkah setapak lagi dengan penubuhan bangunan syarikat yg bernilai RM35juta di bandar perindustrian Larkin.

Kesungguhan untuk berkembang juga dapat dilihat dengan pelaburan RM10 juta dalam meningkatkan teknologi dalam penghasilan barangan pengguna selain makanan.Ini akan meliputi barangan pengguna seperti minuman isotonik,bahan pencuci pakaian dan ubat gigi.

Siapa sangka, hanya menjual kicap..syarikat ini sekarang bernilai puluhan JUtaaan ringgit...Yang penting, selagi ada keperluan dan kehendak, disitu ada peluang...

sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=227661




BAGAIMANA MEMBUAT KICAP ?




INGIN MENJADI USAHAWAN KICAP

Kami mampu membimbing anda menjadi usahawan kicap asli yang bermula dengan modal yang rendah. Walaupun proses membuat kicap memerlukan masa 5 bulan sebagaimana tayangan video di atas, namun kami mempunyai teknik membolehkan kicap dikeluarkan dalam masa yang singkat.

Masa diperlukan untuk pemeraman kayang soya bagi dijadikan kicap ialah selama 5 bulan. Hasil pemeraman soya untuk dijadikan kicap dinamakan "air miromi" yang seterusnya diproses menjadi kicap asli samaada kicap masin, manis, pekat, cair dan sebagainya.

Untuk mengeluarkan kicap secara kos yang rendah, anda tidak perlu memeram (fermentasi) kacang soya, sebaliknya terus membeli "air miromi" yang telah diproses dan terus diproses menjadi kicap.

Kami akan mengajar anda teknik memasak kicap daripada air miromi sehinggalah kepada teknik pembotolan dengan resepi yang tidak perlu diubahsuai lagi. Resepi yang sama juga digunakan oleh syarikat besar.Kami akan akan membantu anda mendapat bekalan "air miromi" disamping bahan-bahan lain yang diperlukan dalam pembuatan dan pembotolan kicap.

Disamping itu kami akan membimbing anda dari langkah permulaan yang diperlukan dalam menjadi usahwan kicap. Bermula dari keperluan memiliki sijil kursus pengendali makanan, mendaftar perniagaan, keperluan perundangan dalam Akta Makanan 1983, membuat ujian makmal, mendapatkan bar code dan mendaftar jenama produk anda.


Maklumat kursus dan bimbingan yang kami kendalikan adalah sebagaimana berikut;-


Tempat Kursus : 

WMK FOOD INDUSTRIES
Lot 14915 Taman Mengkuang Indah
Tingkat Bawah, Kg. Padang Mengkuang
Bukit Payung, 21600 Marang
Terengganu.


YURAN PENYERTAAN BAGI TARIKH BERJADUAL :

1. Individu - RM350.00

2. Berkumpulan 3 orang - RM 250.00 / seorang

Yuran termasuk:-
- Kos Penyediaan Bahan Untuk Praktikal

- Kos Makan dan Minum Sepanjang Kursus
- Nota-nota Lengkap
- Sijil Penyertaan kursus


HUBUNGI : JIKA ANDA BERMINAT MANA-MANA KURSUS TERSEBUT 

BOLEH HUBUNGI NO YANG DIBERI UNTUK MAKLUMAT LANJUT / PENGESAHAN KEHADIRAN DAN MEMBUAT PEMBAYARAN DEPOSIT.


H/P : 013-9389712 (CALL/SMS/WHATAPPS)

WALAUBAGAIMANAPUN ANDA BOLEH MENGHADIRI KURSUS INI BILA-BILA
MASA YANG SESUAI DENGAN ANDA SEPERTI SYARAT-SYARAT BERIKUT :

1. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas secara perseorangan, kelas secara ekseklusif diadakan mengikut waktu dan masa yang sesuai dengan anda setelah mengatur dengan pengurusan kami.

2. Masa yang diperlukan untuk satu-satu kelas selama lebih kurang 4 jam

3. Kelas di  Marang, berdekatan dengan Bandaraya Kuala Terengganu.

4. Dapat membuat tempahan awal bagi memastikan waktu yang sesuai dengan anda dapat dipenuhi.

5. Yuran kelas individu RM 500.00

6. Peserta perseorangan dibenarkan membawa pembantu, seperti ahli keluarga/kawan atau pekerja  bayaran tambahan RM 150.00 setiap penyertaan.

Hubungi 013-9389712 untuk menetapkan masa.


Read more at